Selasa, 16 Disember 2014

Clash Of Clans

The best among the best game zaman sekarang.. memang terbaik ar game ni.. by the way,nk promote skit, join clan sy ni ( Malaysia CowBoy ) . 

Tangki air bukit khor

Aktiviti mendaki bukit khor.. kalau stress blajo,lepak sini best gak.. hahahahahahaha

Terbabas dh

kejadian pada 15 Disember 2015 pada pukul 9.30 mlm sebuah kereta wira dan motosikal ex5 terlibat dlm kemalangan di Kg Pak Madah. Jalan kt situ mmg bahaya. licin pulok tu kalau time ujan.. penunggang motosikal pun patah tangan.. (iktibar kepada pengguna jalan raya yg lain)

Rabu, 15 Oktober 2014

Susah nk cari statement mcm ni, hahahahaha !!

Screen Shot daripada laman web Mudah.my..

Memang cari pasal dengan polis ni...hahahahaha


Inilah Hakikat Negara Malaysia !!

Perbandingan harga minyak per Liter.. Berganda-ganda dapat untung..

Orang terkaya di dunia cadang kerja tiga hari saja

carlos slim

Antara lelaki terkaya dunia, foto Carlos Slim – globalpost.com
Mexico City: Carlos Slim, taikun Mexico yang juga orang paling kaya di dunia mencadangkan supaya dilakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem keseimbangan kehidupan dan bekerja yang akan menyaksikan waktu bekerja hanya tiga hari seminggu.
Slim yang bernilai lebih AS$80 bilion (RM260 bilion) berkata, untuk menyesuaikan dengan sistem itu, waktu bekerja perlu selama 11 jam sehari, bukan lapan jam seperti sekarang dan usia persaraan ditingkatkan kepada 75.
“Dengan cara ini, kita boleh menikmati lebih banyak masa sepanjang hayat. Tak perlu tunggu hingga kita berusia 60 tahun dan bersara,” katanya.
Bilionair berusia 74 tahun itu mengemukakan idea itu pada satu persidangan di Paraguay.
Dia berkata, konsep itu bukan setakat boleh mencergaskan pekerja tetapi juga memberi kesan positif kepada pasaran ekonomi dan kewangan.
“Dengan bekerja tiga hari seminggu, kita akan mempunyai lebih banyak masa untuk berehat, menikmati kehidupan berkualiti,” katanya pada persidangan itu.
“Biar mesin yang bekerja 24 jam sehari. Manusia berhak untuk berhibur, bersantai bersama keluarga dan menjalani latihan untuk bekerja dengan lebih baik.
“Ia akan menghasilkan masyarakat berpengetahuan dan berpengalaman,” katanya.
Slim bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada gaji perlu dikekalkan atau dikurangkan selaras dengan hari bekerja yang sudah berkurangan itu.
Namun, dia yakin, ia boleh dilakukan walaupun tidak tahu bila.
Slim berkata, dia sudah melaksanakan sebahagian sistem berkenaan di syarikatnya.
Pekerja di syarikat bekenaan dibenarkan bersara pada usia 50 dan boleh terus bekerja empat hari seminggu dengan gaji penuh.

Foto Kenangan

Foto Kenangan
Juruteknik Sistem Komputer batch 8/2014 Kolej Tesdec